<?xml version="1.0" encoding="utf-8"?>
<sect1 id="config-background">
  <title>Latar Belakang</title>
  <para>Latar belakang ialah gambar, corak, atau warna yang dipaparkan di atas desktop anda. Ramai pengguna menggunakan sebagai hiasan komputer mereka. Program <application>Sifat Latar Belakang</application> dapat mengkonfigur tetapan latar belakang anda.</para>
  <para>Mencapai <application>Sifat Latar Belakang</application> boleh dibuat dengan dua cara: <itemizedlist>
      <listitem>
        <para>Klik-kanan pada latar belakang kemudian klik-kiri pada <guibutton>Ubah Latar Belakang Dekstop</guibutton>.</para>
      </listitem>
      <listitem>
        <para>Membuka <application>Pusat Kawalan Mate</application> dan dwi-klik <guibutton>Latar Belakang</guibutton>.</para>
      </listitem>
    </itemizedlist></para>
  <sect2 id="config-background-interface">
    <title>Antaramuka Sifat Latar Belakang</title>
    <para>Bahagian atas tetingkap menunjukkan satu versi kecil latar belakang terpilih. Di bawah pula merupakan kotak-kotak yang anda boleh pilih mod latar belakang yang digunakan: <variablelist>
	<varlistentry>
	  <term>Kertas dinding</term>
	  <listitem>
	    <para>Paparkan kertas dinding anda dalam bentuk tabiinya. Anda patut memilih ini jika kertas dinding anda berdimensi yang tepat dengan resolusi skrin anda.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Ditengahkan</term>
	  <listitem>
	    <para>Letak imej anda terus ditengah-tengah skrin anda.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Diskalakan</term>
	  <listitem>
	    <para>Regangkan imej anda, tetapi nisbah bidang masih dikekalkan. Tindakan ini memastikan imej anda tidak menjadi pelik kerana ia diregang terlalu banyak dalam satu arah.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Diregangkan</term>
	  <listitem>
	    <para>Regang imej anda untuk memenuhi skrin anda, tanpa mengira nisbah bidang. Tindakan ini akan mengherotkan imej anda.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Tiada Gambar</term>
	  <listitem>
	    <para>Tidak menggunakan grafik sebagai latar belakang, tetapi menggunakan warna yang akan dijelaskan di bawah.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
      </variablelist></para>
    <para>Di bawah butang merupakan pilihan untuk mengkonfigur warna. Ia berguna jika anda memilih <guibutton>Tiada Gambar</guibutton> atau imej anda tidak memenuhi skrin.</para>
    <para>Jika imej anda tidak memenuhi skrin, anda ada pilihan untuk mewarnakan di luarnya. Anda boleh memilih sama ada gradien menegak, gradien mengufuk, atau warna tegar piawai. Jika anda memilih warna tegar, anda boleh memilihnya di sebelah kanan dengan mengklik <guibutton>Warna</guibutton>. Jika anda memilih gradien, anda dapati terdapat dua pilihan. Pilihan warna yang dikehendaki dan pilihan anda dibuat secara automatik.</para>
  </sect2>
  <sect2 id="config-background-settingup">
    <title>Menetapkan Latar Belakang</title>
    <para>Untuk mengkonfigur latar belakang, pilih salah dari satu langkah-langkah berikut: <orderedlist numeration="arabic">
	<listitem>
	  <para>Seret dan lepas satu imej ke dalam <guibutton>Petak Gambar</guibutton> atau klik butang dan pilih imej melalui <application>Pemilih Fail Mate</application>.</para>
	</listitem>
	<listitem>
	  <para>Pilih mod yang mahu digunakan. Perubahan diterap secara automatik, jadi anda boleh mengubahnya dengan pantas jika anda tidak menyukai hasilnya.</para>
	</listitem>
	<listitem>
	  <para>Jika imej anda tidak memenuhi monitor, pilih tetapan warna. Atau, anda boleh langkau langkah ini.</para>
	</listitem>
	<listitem>
	  <para>Klik <guibutton>Tutup</guibutton> melalui konfigurasi anda.</para>
	</listitem>
      </orderedlist></para>
  </sect2>
</sect1>
