<?xml version="1.0" encoding="utf-8"?>
<sect1 id="config-keyboard">
  <title>Papan Kekunci</title>
  <para>Sesiapa sahaja menggunakan papan kekunci untuk kegiatan harian mereka. Kebanyakannya berfikir tiada perlu konfigurkan papan kekunci. Sebenarnya tidak. Terdapat pelbagai pilihan papan kekunci yang boleh ditetapkan untuk memudahkan tugasan anda.</para>
  <sect2 id="config-keyboard-keyboard">
    <title>Konfigurasi Kelakuan Papan Kekunci</title>
    <para>Kelakuan papan kekunci dikawal melalui tab <guilabel>Papan Kekunci</guilabel>. Pilihan yang ada seperti berikut: <variablelist>
	<varlistentry>
	  <term>Papan kekunci diulang ketika kekunci ditahan</term>
	  <listitem>
	    <para>Semua papan kekunci mempunyai keupayaan untuk mengulang satu ketukan kekunci secara pantas di atas skrin jika kekunci ditahan.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Lengah sebelum ulang:</term>
	  <listitem>
	    <para>Biasanya ada lengah ketika kekunci papan kekunci ditekan dan bila ulang terpapar di atas skrin. Anda boleh memilih: <itemizedlist>
		<listitem>
		  <para>Pendek</para>
		</listitem>
		<listitem>
		  <para>Sederhana</para>
		</listitem>
		<listitem>
		  <para>Panjang</para>
		</listitem>
		<listitem>
		  <para>Sangat Panjang</para>
		</listitem>
	      </itemizedlist></para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Kelajuan ulang</term>
	  <listitem>
	    <para>Ketika satu ketukan kekunci diulang, anda boleh mengawal berapa pantas ulang tersebut berlaku. Kelajuan yang ada adalah: <itemizedlist>
		<listitem>
		  <para>Perlahan</para>
		</listitem>
		<listitem>
		  <para>Sederhana</para>
		</listitem>
		<listitem>
		  <para>Pantas</para>
		</listitem>
		<listitem>
		  <para>Sangat Pantas</para>
		</listitem>
	      </itemizedlist></para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Kerlipan kursor dalam medan teks</term>
	  <listitem>
	    <para>Kursor papan kekunci biasanya berkelip untuk memberitahu kedudukan semasanya. Kerlipan boleh dimatikan dengan membuang pilihan ini.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Kelajuan kerlipan</term>
	  <listitem>
	    <para>Anda boleh mengkonfigur kelajuan kerlipan kursor. Lungsur ia ke arah kanan menyebabkan kursor berkelip lebih pantas, manakala sebaliknya ia berkelip lebih perlahan.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
      </variablelist></para>
  </sect2>
  <sect2 id="config-kbd-sound">
    <title>Pilihan Bunyi Papan Kekunci</title>
    <para>Papan kekunci kadang kala mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian pengguna. Bunyi ini boleh dikonfigur di dalam tab <guilabel>Bunyi</guilabel>. <variablelist>
	<varlistentry>
	  <term>Ketukan kekunci menghasilkan bunyi</term>
	  <listitem>
	    <para>Anda boleh tetapkan papan kekunci anda supaya ketika mengetuk kekunci, ia akan berbunyi. Klik butang ini untuk membenarkannya.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Volum</term>
	  <listitem>
	    <para>Anda juga boleh mengawal volum. Gerakkan pelungsur ke belah kanan untuk volum maksimum, dan ke arah kiri untuk minimumkan volum.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Loceng papan kekunci mati</term>
	  <listitem>
	    <para>Jika anda mahu lumpuhkan loceng papan kekunci, pilih kotak radio ini. Tindakan ini sesuai digunakan ketika anda mahukan suasana yang senyap, seperti berada di dalam perpustakaan atau kelas.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Loceng papan kekunci dibenarkan</term>
	  <listitem>
	    <para>Pilih kotak radio ini untuk membenarkan loceng papan kekunci. Tindakan ini menyebabkan pembesar suara komputer berbunyi bip ketika ia memerlukan perhatian anda.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>
	<varlistentry>
	  <term>Loceng papan kekunci suai</term>
	  <listitem>
	    <para>Anda boleh benarkan sistem memainkan bunyi suai selain daripada bunyi bip sistem. Pilih butang radio ini dan tekan butang <guibutton>Layar</guibutton> untuk memilih fail yang dikehendaki. Tekan butang <guibutton>Selesai</guibutton> untuk menerapkan perubahan yang dilakukan.</para>
	  </listitem>
	</varlistentry>	  
      </variablelist></para>
  </sect2>
</sect1>
