<?xml version="1.0" encoding="utf-8"?>
<sect1 id="config-mouse">
  <title>Tetikus</title>

  <sect2 id="config-mouse-introduction">
    <title>Pengenalan</title>

    <para>Capplet tetikus di dalam <application>Pusat Kawalan MATE</application> dapat bantu mengkonfigur sifat-sifat tetikus. Iaitu:</para>

    <itemizedlist>
      <listitem>
        <para>bagi tab <guilabel>Am</guilabel>: pemecutan tetikus, kepekaan tetikus, had masa tamat dwi-klik, ambang seret dan lepas, lokasi penuding dan penggunaan tetikus tangan kanan atau kidal</para>
      </listitem>

      <listitem>
        <para>bagi tab <guilabel>Kebolehcapaian</guilabel>: klik sekunder tersimulasi dan klik inap</para>
      </listitem>
    </itemizedlist>
  </sect2>

  <sect2 id="config-mouse-general">
    <title>Tab <guilabel>Am</guilabel></title>

    <para>Tab <guilabel>Am</guilabel> menawarkan tetapan tetikus yang kerap digunakan.</para>

    <sect3 id="config-mouse-general-orientation">
      <title>Orientasi Tetikus</title>

      <para>Seorang pengguna mengawal tetikus secara unik sama ada secara tangan kanan atau pun kidal.</para>

      <para>Jika dia adalah pengguna biasa, tetikus akan diletakkan sebelah kanan meja. Butang utama (butang tindakan) berada di sebelah kiri tetikus, supaya beliau dapat menekannya dengan jari telunjuk, manakala butang kedua (butang menu) berada di sebelah kanan.</para>

      <para>Sebaliknya, bagi pengguna kidal, tetikus berada di sebelah kiri meja. Begitu juga cara pengendalian butang utama dengan jari telunjuk tetapi menggunakan tangan kiri, oleh itu kedudukan butang utama dan sekunder perlu ditukar kedudukannya.</para>

      <para>Itulah tujuan tetapan <guilabel>Orientasi Tetikus</guilabel>: pilih butang <guibutton>Tangan-kanan</guibutton> jika anda menggunakan tangan kanan, atau butang <guibutton>Kidal</guibutton> jika anda kidal. Ketika menggunakan tetapan yang dikehendaki, pengguna menggunakan jari telunjuk untuk menekan butang utama.</para>
    </sect3>

    <sect3 id="config-mouse-general-cursors-locate">
      <title>Cari Penuding</title>

      <para>Kadang kala, pengguna tidak dapat menjejaki kedudukan penuding berada. Jika dia memilih <guibutton>Tunjuk kedudukan penuding ketika kekunci Control ditekan</guibutton>, beliau boleh munculkan semula penuding dengan hanya menekan kekunci control.</para>
    </sect3>

    <sect3 id="config-mouse-general-speed">
      <title>Kelajuan Penuding</title>

      <para>Setiap pengguna kegemaran berlainan mengikut hubungan antara pergerakan tetikus dengan gerakan penuding. Supaya ia ditala mengikut citarasanya, beliau boleh menggunakan tetapan <guilabel>Pemecutan</guilabel> dan <guilabel>Kepekaan</guilabel>:</para>

      <itemizedlist>
        <listitem>
          <para><guilabel>Pemecutan</guilabel>: tetapkan faktor linear antara pergerakan tetikus terhadap gerakan penuding</para>
        </listitem>

        <listitem>
          <para><guilabel>Kepekaan</guilabel>: tetapkan kelajuan ambang yang mana tetikus akan mula memecut</para>
        </listitem>
      </itemizedlist>

      <para>Sebagai contoh, dengan menetapkan kepekaan pada tahap terendah, tetikus akan bergerak tanpa pelarasan pecutan; dalam situasi ini, nisbah jarak tetikus dengan piksel adalah serupa.</para>
    </sect3>

    <sect3 id="config-mouse-general-dnd">
      <title>Seret dan Lepas</title>

      <para>Seret dan lepas pula ialah tindakan mengklik sesebuah objek, kemudian melepaskannya ke tempat lain di dalam skrin, dan menyebabkan satu peristiwa berlaku.</para>

      <para>Anda perlu menyeretnya pada amaun jarak tertentu supaya sistem dapat mengenal pasti sebagai operasi seret dan lepas. Untuk kongfigur berapa jauh menyeretnya, gerakkan pelungsur <guilabel>Ambang</guilabel> ke arah kiri atau kanan.</para>
    </sect3>

    <sect3 id="config-mouse-general-double-click">
      <title>Lengah Dwi-klik</title>

      <para>Ketika pengguna melakukan dwi-klik dengan butang utama, sistem menganggapnya sebagai tindakan dwi-klik atau seklik sebanyak dua kali tetapi bergantung pada lengah di antara dua klik tersebut.</para>

      <para>Dengan pelungsur <guilabel>Had Masa Tamat</guilabel>, pengguna boleh menetapkan lengah maksimum yang berlaku antara dua klik untuk dianggap sebagai dwi-klik. Jika lengah antara dua klik lebih besar daripada lengah maksimum yang telah ditetapkan, dua klik tersebut dianggap seklik secara berasingan.</para>

      <para>Akibatnya, lebih pendek had masa tamat, kurang masa antara dua klik yang boleh dianggap sebagai dwi-klik.</para>

      <para>Pengguna boleh menguji had masa tamat yang telah ditetapkan dengan mengklik kepada ikon mentol. jika lampu menyala, maka dwi-klik telah dikesan dan dikenal pasti.</para>
    </sect3>
  </sect2>

  <sect2>
    <title id="config-mouse-a11y">Tab Kebolehcapaian</title>

    <para>Tab <guilabel>Kebolehcapaian</guilabel> menawarkan fungsi-fungsi tambahan untuk tetikus. Ia membolehkan pengguna melakikan klik sekunder dengan menggunakan butang utama; ia juga membolehkan pengguna membuat pelbagai jenis klik yang berlainan tanpa apa-apa butang fizikal.</para>

    <sect3 id="config-mouse-a11y-simulated-secondary-click">
      <title>Klik Sekunder Tersimulasi</title>

      <para>Memang ada pengguna yang hanya boleh menggunakan satu butang tetikus. Dengan mengaktifkan <guilabel>Klik Sekunder Tersimulasi</guilabel>, para pengguna ini dapat membuat klik sekunder hanya dengan butang tetikus dengan cara yang unik. Sebenarnya, klik sekunder aktif secara automatik jika pengguna kerap menekan butang utama pada lengah tertentu tanpa menggerakkan tetikus.</para>

      <para><guilabel>Klik Sekunder Tersimulasi</guilabel> juga menawarkan satu pelungsur iaitu <guilabel>Lengah</guilabel> yang dapat mengkonfigur tempoh pengguna perlu menekan butang dan tetikus tidak bergerak, sebelum klik sekunder dijalankan secara automatik.</para>
    </sect3>

    <sect3 id="config-mouse-a11y-dwell">
      <title>Klik Inap</title>

      <para>Ada pengguna yang tidak dapat menggunakan mana-mana butang secara fizikal. Oleh itu dengan mengaktifkan <guilabel>Klik Inap</guilabel>, beliau dapat membuat pelbagai tindakan klik tetikus tanpa menekan apa-apa butang tetikus. Jenis klik yang boleh dilakukan adalah: klik tunggal, dwi-klik, klik seret dan klik sekunder.</para>

      <para>Untuk membuat klik tetikus tanpa menekan butang fizikal tetikus, pengguna perlu menanda kotak tanda <guilabel>Klik dijalankan ketika pergerakan penuding tetikus berhenti</guilabel>. Bagaimanakah klik dilaksanakan dan jenis klik yang dipilih bergantung kepada apakah mod inap pengguna gunakan. Terdapat dua mod tersedia iaitu:</para>

      <itemizedlist>
        <listitem>
          <para>pelengkapan klik berautomatik dengan jenis klik dipilih terlebih dahulu</para>
        </listitem>

        <listitem>
          <para>pelengkapan klik dan pilihan jenis klik oleh gerak isyarat tetikus selepas pengawalan klik</para>
        </listitem>
      </itemizedlist>

      <para>Dengan pelungsur <guilabel>Lengah</guilabel>, pengguna boleh mengkonfigur tempoh penuding tidak bergerak supaya klik diawalkan.</para>

      <para>Bagi individu yang sukar memastikan tetikus tidak berganjak, telah disediakan satu lagi pelungsur <guilabel>Ambang Gerakan</guilabel> . Ketika pelungsur telah ditetapkan rendah, walaupun ada sedikit gegaran tetikus akan diambil kira; sebaliknya, dengan menetapkan ambang lebih tinggi, tetikus perlu bergerak lebih jauh supaya dianggap sebagai bergerak.</para>

      <para>Seperti yang dinyatakan di atas, pengguna boleh memilih dua mod untuk pilihan jenis klik dan pelengkapan klik:</para>

      <sect4 id="config-mouse-accessibility-dwell-ctw">
        <title>Klik Inap Dengan Pelengkapan Klik Berautomatik Dan Pilihan Jenis Klik Terlebih Dahulu</title>

        <para>Mod ini aktif jika pengguna memilih <guilabel>Pilih jenis klik terlebih dahulu</guilabel>. Sebenarnya, selepas tetikus tidak bergerak pada tempoh yang ditentukan, sistem akan melakukan jenis klik terpilih itu secara automatik dalam Tetingkap Jenis Klik.</para>

        <para>Selepas klik berlaku, jenis klik tunggal akan dipulihkan secara automatik. Untuk memilih jenis klik yang lain, pengguna perlu lakukan klik automatik pada <guibutton>butang</guibutton> di dalam Tetingkap Jenis Klik yang berkaitan dengan pilihan jenis kliknya.</para>

        <para>Bagi memastikan Tetingkap Jenis Klik muncul di atas skrin, pengguna perlu menanda kotak tanda <guilabel>Tunjuk tetingkap jenis klik</guilabel>. Sesetengah pengguna menyukai <guilabel>Aplet panel Klik Inap</guilabel> berbanding Tetingkap Jenis Klik. Kelebihan aplet panel ialah ia tidak menutupi mana-mana tetingkap terbuka di atas desktop.</para>
      </sect4>

      <sect4 id="config-mouse-accessibility-dwell-gestures">
        <title>Klik Inap Dengan Pilihan Jenis Klik Dan Pelengkapan Klik Oleh Gerak Isyarat Tetikus</title>

        <para>Mod ini boleh digunakan ketika pengguna memilih <guilabel>Pilih jenis klik dengan gerak isyarat tetikus</guilabel>. Sebenarnya tetikus kekal tidak bergerak dalam tempoh yang ditentukan, bentuk penuding akan berubah buat seketika:</para>

        <itemizedlist>
          <listitem>
            <para>Jika pengguna menggerakkan tetikus ketika dalam bentuk itu, satu klik dilakukan dan penuding kembali ke bentuk asalnya. Jenis klik yang dilakukan bergantung pada arah pergerakan tetikus.</para>
          </listitem>

          <listitem>
            <para>Jika tetikus kekal tidak bergerak sehingga penuding kembali ke bentuk asalnya, pengguna boleh menggerakkan tetikus tanpa tindakan klik dijalankan. Klik inap berikutnya boleh dibuat setelah tetikus berhenti gerak sekali lagi.</para>
          </listitem>
        </itemizedlist>

        <para>Pengguna juga boleh memadankan jenis klik dengan arah gerakan menggunakan 4 <guimenu>dialog timbul</guimenu> yang tersedia di bawah mod ini.</para>
      </sect4>
    </sect3>
  </sect2>
</sect1>
